Saturday, July 11, 2009

Shopping

Arinie saya dan budak2 umahpegi shopping beli kain dekat Jakel maklumlah duit ptptn baru kuarkan...Satu Jakel kitaorang pusing carik kain masing2 rambang mata tak tau nak pilih yang mana...Saya diantara yang lama untuk memilih kain sebab belikan untuk orang lain punya nak dijadikan cita saya diserve oleh salah seorang pemililik Jakel hensom pulak 2 huhu....Kira bertuah la saya ariniekan hehe...Last2 saya memborong kain sebanyak RM200 banyakkan...Lepas 2 kitaorang pun balik sebab kawan2 sibuk nak tempah baju...Disebabkan malamnya ada temu janji dengan orang yang tersayang kena cepat2 balik untuk sambut Birthday "die"....So kalo nak shopping 2 ingat2la ye jangan sampai boros pulak....

Wednesday, March 18, 2009

Pindah Rumah

Hujung bulan nie saya dan family akan berpindah setelah hampir 35tahun family saya tinggal disitu...tanah 2 akan di ambil oleh kerajaan untuk dijadikan jalan yang menghubungkan Pasir Gudang terus ke Pusat Bandaraya...Abah adalah orang yang paling sibuk menguruskan hal pindah randah nie dan juga turun naik pejabat tanah...kesian abah...macam2 konfik die terpaksa hadapi terutama tentang pembahagian duit yang akan abah dapat dari kerajaan...maklumla umah ktorang duduk nie adalah umah pusaka peninggalan aruwah nenek jadi adik beradik abah nak bahagian masing2...mak cakap tiap2 malam abah xlena tido pikirkan hal nie..orang kata sebab harta hubungan adik beradik pun boleh putus...ape perasaan saya tentang hal pindah umah nie? Sudah tentu sedih sebabnya dari saya dilahirkan sampaila sekarang saya berada disitu dan kawan2 semua dikawasan situ...sayu jugak bila kena tinggalkan dorg tapi keadaan yang membuatkan saya tanggalkan dorg...mungkin lepas nie agak sukar untk kuar dan lepak2 dgn dorg yela saya mungkin pindah jauh dari kawasan tu...nak wat cmnekn terpaksa...selalunya cuti sem saya akan akn cari keje part time dan selalunya jadi promoter di Jusco or The Zon tapi memandangkan dah kene pindah n xpasti lagi dimana mungkin cuti sem nie saya duk kat umah je xpun cuba cari tempat baru utk part time job di sekitar kawasan 2....harap abah leh dapatkan umah yang dekat dan mudah utk ulang alik dari bandar dan senang utk saya cari keje...utk semua member2 yang sgt2 saya sayangi hope korg still lagi leh dtg jenguk n kuar ramai2 utk lakukan aktiviti kita...sayang korg!!!!!!!

Friday, February 27, 2009

Cinta Langit Dan Laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.
Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.
Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata
`Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit.
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya,
langit tidak menjawab apa-apa ,
hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan.
Melihat kecantikan si langit, awan terusjatuh hati terhadap langit,
bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut.
Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja.
Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.
Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut.
Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit.
Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil.

Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut.
Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan.
Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit.
Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.
Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut,
di mana ada garisan horizonyang menemukan langit dan laut,
di situlah mereka sedang berpacaran.

Muhasabah Seorang Wanita Solehah


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Ad-Dien Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha AllahYang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menghormati suaminya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya,
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah,
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan,
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia,
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa',
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah,
Semoga sentiasa dirahmatiNya.

Thursday, February 26, 2009

Hadiah Yang Istimewa

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah
benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan
jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan.
Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang
kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang
yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.
Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan
awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin
merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu
dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-
orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah
pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu
mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Friday, February 20, 2009

Buat Teman


Penting Ke Blog....

Topic nie saya buat selepas penat mencari idea tok semua cite dalam blog nie.. yela piker bermalam2 kenapa saya susah2 buat blog nie.. jadi muncul topik yang saya nak olahkan bertajuk penting ke blog nie.. hehehe.. agak2 penting ke blog nie hah?? Saya rasa ia amat penting sebab saya seronok jugak wat blog nie yela pengalaman baru. Tambah yang paling best saya dapat kongsikan pengalaman buat blog nie dengan kawan2 saya. Kite komen sama2 mana yang lawa mana yang best.. kalo baca semua komen semuanya puji2an je xd pon kutok.. hehehe nak jugk kutok tapi x bek la kan.. =D.. lagi pun kita sama2 belajar wat blog nie.. yang paling best ialah kita secara x langsung dapat mengenali kawan2 kita yang ada minat yang sama.. yela, 2 2 buat topic tentang benda yang sama, so kadang2 bile topic sama boleh la kita tukar2 pendapat n pandangan contoh isu akademi fantasia.. bole kutok2 ke, puji2 k, backup2 k.. kan.. kan.. advantage jugak belajar wat b log nie sebab mana tau masa keje nanti org soh wat simple blog tok company ke.. kan senang kalo dah boleh buat.. ada la jgk add value kalo nak cari keje kan.. kesimpulannya blog memang penting.. sebab kalo x buat x dapat markah.. TQ kepada PM Kamel sebab bg tugasan yg menarik nie….