Hari Raya...adalah hari kemenangan bagi umat Islam. Tahukah kita bahawa Hari Raya juga merupakan hari untuk kita berkumpul dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Masa ini jugakla kita berkunjung-kunjungan dari satu rumah ke satu rumah dengan satu niat untuk bermaaf-maafan. Tapi sedarkah kita bahawa Hari Raya adalah medan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam. Disinila kita dapat memperbetulkan dan memperbaharui hubungan kita. Setiap tahun Menjelangnya Hari Raya 6j dan Jjb sibuk berbincang dan mengatur perjalanan untuk beraya di setiap rumah dikalangan kami. Selalunya, hubungan persahabatan jaring melibatkan family satu sama lain tp bagi saya ia amatla penting kerana kita boleh mengenali lebih rapat lagi melalui family mereka. Perempuan selalunya menghadapi masalah berdepan dengan family untuk berkawan dan sering dihalang untuk keluar bersama kawan ataupun sahabat. Ini kerana, ibubapa risau dengan pergaulan dan takut akan terjadinya sesuatu perkara yang buruk keatas anak perempuan mereka. Saya mempunyai ramai kawan baik perempuan mahupun lelaki, disebabkan ingin selalu bersama kawan-kawan and lepak-lepak sambil minum kat warung, saya mengambil kesempatan pada Hari Raya dengan menjemput geng-geng saya datang ke rumah dan berkenalan dengan family saya. So, setiap kali ingin keluar mintak izin ibubapa dan bagi tahu dengan sapa kite keluar. Jika mereka kenal dengan kawan-kawan kite mudah untuk kita keluar dan sekaligus kepercayaan ibubapa pada kita telah wujud. Jangan mengambil kesempatan keatas kepercayaan yang telah diberikan kerana ia akan memakan diri kita sendiri. Jujurla pada diri dan juga pada friendship yang telah terjalin selama ini . Jangan takut untuk memperkenalkan sahabat kita pada family sebab ibubapa adalah manusia yang boleh bertimbang rasa dan juga memahami anak-anak mereka..Insyaallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment