Friday, February 27, 2009

Cinta Langit Dan Laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.
Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.
Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata
`Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit.
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya,
langit tidak menjawab apa-apa ,
hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan.
Melihat kecantikan si langit, awan terusjatuh hati terhadap langit,
bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut.
Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja.
Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.
Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut.
Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit.
Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil.

Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut.
Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan.
Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit.
Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.
Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut,
di mana ada garisan horizonyang menemukan langit dan laut,
di situlah mereka sedang berpacaran.

Muhasabah Seorang Wanita Solehah


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Ad-Dien Allah,
Yang sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan mengharap redha AllahYang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menghormati suaminya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya,
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah,
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan,
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun didunia,
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa',
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah,
Semoga sentiasa dirahmatiNya.

Thursday, February 26, 2009

Hadiah Yang Istimewa

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah
benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan
jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan.
Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang
kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang
yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.
Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan
awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin
merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu
dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-
orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah
pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu
mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Friday, February 20, 2009

Buat Teman


Penting Ke Blog....

Topic nie saya buat selepas penat mencari idea tok semua cite dalam blog nie.. yela piker bermalam2 kenapa saya susah2 buat blog nie.. jadi muncul topik yang saya nak olahkan bertajuk penting ke blog nie.. hehehe.. agak2 penting ke blog nie hah?? Saya rasa ia amat penting sebab saya seronok jugak wat blog nie yela pengalaman baru. Tambah yang paling best saya dapat kongsikan pengalaman buat blog nie dengan kawan2 saya. Kite komen sama2 mana yang lawa mana yang best.. kalo baca semua komen semuanya puji2an je xd pon kutok.. hehehe nak jugk kutok tapi x bek la kan.. =D.. lagi pun kita sama2 belajar wat blog nie.. yang paling best ialah kita secara x langsung dapat mengenali kawan2 kita yang ada minat yang sama.. yela, 2 2 buat topic tentang benda yang sama, so kadang2 bile topic sama boleh la kita tukar2 pendapat n pandangan contoh isu akademi fantasia.. bole kutok2 ke, puji2 k, backup2 k.. kan.. kan.. advantage jugak belajar wat b log nie sebab mana tau masa keje nanti org soh wat simple blog tok company ke.. kan senang kalo dah boleh buat.. ada la jgk add value kalo nak cari keje kan.. kesimpulannya blog memang penting.. sebab kalo x buat x dapat markah.. TQ kepada PM Kamel sebab bg tugasan yg menarik nie….

Online Chat

Online chat atau lebih dikenali dengan chatting sangat porpular diseluruh dunia. Ia bukan sahaja boleh menambahkan kenalan kita tetapi juga salah satu dari jenis komunikasi pada zaman sekarang…ada dikalang mereka yang “giler” chatting ini menggunakannya untuk berkenalan sambil mencari jodoh adakah ia berhasil??? Ramai yang menyatakan orang yang berchatting ini menipu antara satu sama lain adakah ia benar???? Bagi saya mungkin juga betul sebab bagi mereka jika menceritkan keadaan sebenar tentang diri mereka, mungkin pihak lagi satu tidak boleh menerima atau xsuka… so, perkara yang mudah adalah menipu dan hanya memberi tau perkara yang baik saja tentang diri dorang… sebab tu ada kes kene tipu akibat berchatting…ia juga membuang masa dan duit sebab menggunakan internet berjam2 dirumah mahupun di siber kafe…tetapi jika kita mepunyai niat yang baik berchatting hanya sekadar untuk berbual dengan kawan2 lama dan bertukar2 cita serta pendapat ia xsalah malah boleh mengeratkan lagi hubungan sesame mereka… melalui chatting juga kita boleh mencari dan mengetahui komuniti kita maksudnya golongan yang mempunyai pandangan, idea dan kesukaan yang sama…sebagai contah hobi saya suka membaca novel so, dari situ saya boleh berchatting denga mereka2 yang suka membaca novel juga dan boleh berkongsi cerita tentang perkara tersebut…Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita berchatting atas dasar apa dan pikir2lah apa faedahnya pada kite…….

Susu Formula

Peratusan student mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun semakin meningkat melalui peperiksaan besar sererti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ini bermakna ramai golongan bijak pandai telah lahir dan semakin banyaklah persaingan diantara mereka untuk mendapat tempat memasuki IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Adakah kebijakan seseorang itu datangnya dari keturunan atau sememangnya telah Tuhan berikan sejak azali????? Otak manusia adalah sama dan tiada istilah orang tu otak die bijak kite x bijak….bagi saya jika seseorang itu rajin berusaha dan pandai membahagikan masanya sudah tentu die akan berjaya…apa perkaitan cite saya dengan susu formula??? Hmmmm….sebagai mana kita menyaksikan dan membaca iklan tentang susu formula, banyak bahan2 ramuan yang digunakan untuk tumbesaran kanak2. Mengikut pengalaman, anak buah saya hanya menyusu badan lebih kurang sebulan sahaja kerana sebab2 tertentu. Sejak itu akak saya memberinya susu formula sehingga sekarang. Tumbesan yang stabil dan normal seperti kanak2 lain, tetapi dari segi pembelajaran die sangat cepat dan cekap. Semasa berusia 10bulan die subah mula berjalan dan mula untuk bercakap tapi pelat…yang mengejutkan die paham pada arahan yang diberikan sebagai contoh, akak saya menyuruh anaknya itu masuk bilik dan mengambil bantal dengan pantas anak buah saya terus ke bilik dan mengambil bantal tersebut… ini bermakna dia sudah paham dan otaknya mula bertindak balas pada setiap pembelajaran yang dia lalui… ini juga mungkin kerana susu yang diminum setiap hari mempunyai bahan yang boleh merangsang pertumbuhan otaknya dengan cepat…pada umur 2tahun dia dah boleh menghafal alif bat dan boleh mengikut mamanya sembahyang…ia sangat menggembirakan dan membuat keluarga saya bangga dengan die…memang sebaiknya memberikan anak susu badan sehingga usianya 3tahun kerana khasiat susu itu sendiri tetapi susu formula juga mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kebaikan kanak2 tersebut…terbaru susu ada milamin dan sangat bahaya kepada kanak2, oleh itu ibubapa perlulah memilih susu yang terbaik untuk anak2 mereka supaya dapat memberi khasiat dan tumbesaran yang sempurna….jadi bagi saya susu formula ada kaitannya dengan otak yang bijak dan membolehkan kanak2 mengusai ilmu pengetahuan dengan mudah….