Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Ramai kawan2 saya yang berlumba-lumba ingin memdapatkan permainan atau lebih dikenali dengan “game”. Setiap kali keluar di pasaran ramaila remaja2 kita yang berebut ingin membeli game tersebut. Sebagai contoh video game, ps2, psp dan yang terbaru online game. Tidak ada salahnya jika mereka ini memiliki dan bermain game tersebut. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan2 tradisional tersebut seperti congkak, layang2, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong2 yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Saya tidak menyatakan permainan berteknologi ini salah tetapi perlu juga memikirkan tentang kesannya contoh ada dikalangan kawan2 saya yang terpaksa mengeluarkan duit untuk meneruskan permainan tersebut, bukankah ia membazir??? Melalui permain tersebut juga ia hanya membazirkan masa dan tidak menyehatkan badan malah boleh merosakan mata kerana terlalu lama melihat skrin. Remaja juga tidak bergaul dengan orang lain dan membuatkan remaja tidak aktif. Tetapi walauapa pun kedua-dua jenis permainan ini tetap mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment